Tuesday, 27 September 2016

Bukittinggi, Padang, Indonesia

Assalamualaikum, kali ni aku nak share pasal trip aku ke Bukittinggi Indonesia awal Ogos haritu. 

Trip ni aku namakan #TripAhjumma sebab aku pergi dengan ucu aku dan geng geng dia. Hehehe.. Boleh jugak nak kata #BirthdayTrip sempena birthday aku awal bulan haritu.

Trip ni memang aku ikut ucu aku je. Aku beli tiket pun lepas aku berjaya cari geng untuk teman aku gi. Bulan April, aku beli tiket KUL-PDG-KUL RM313 termasuk luggage 20kg pergi balik. Not bad la kan?



Dah settle beli tiket, baru la start tukar duit sikit sikit untuk shopping kat sana. Dan kumpul duit untuk bayar package yang ucu aku amik. RM550 untuk 4H3M ground tour and meals.

Untuk tukar duit, ibu aku dah mintak kawan dia tolong tukarkan, so aku dapat la rate IDR1juta~RM300. Aku tukar RM1000, tapi sebab aku jugak dah terbeli tiket ke Bali untuk bulan 10 ni, so terpaksa la berjimat cermat kat Bukittinggi. T.T

Day 1 (04.08.2016)

Flight kitorang pagi ni pukul 7.50am. Tapi ucu kata nak gerak pukul 3! Nak buat amende ntah kat airport tu awal awal.

Gigih la malam tu aku set jam pukul 2.20am. Pukul 3.17 phone aku bunyi, ingatkan alarm, rupanya ucu yang call! "Ei, dah bangun ke belum? Ucu dah siap ni, tunggu Ikhwan siap je"

Arghhh! Boleh pulak aku tak sedar! Kelam kabut pergi mandi bersiap segala. 20 minit aku dah siap kat depan pintu.

4.20am kitorang dah sampai kat KLIA2. Nak checkin pun kaunter tak bukak lagi. So melepak la dulu kat McD. Pukul 5.30am semua dah sampai baru kitorang pergi checkin luggage kat kaunter dan solat subuh.

Ahli #TripAhjumma ni terdiri daripada 7 ahjumma, 3 ahjushi, 6 belia(?) dan 1 kanak kanak.

8.20am kami selamat mendarat di Lapangan Terbang Minangkabau. Sekejap kan? Haaa.. Time kat Sumatera ni 1 jam lebih lewat dari kat Malaysia. Sebab tu flight kita cuma ambil masa 30minit je. Kekeke..


Minangkabau International Airport

Masa nak collect luggage tu memang nampak banyak gila basikal, rupanya ada Tour de Singakarak 2016 sempena ulangtahun kemerdekaan Indonesia bulan Augustus ni.

Sebab kami semua pun lapar tak breakfast lagi, maka kami terus je pergi brunch nasi Padang kat Rumah Makan Lamun Ombak on the way nak ke Bukittinggi. Makanan dia memang terbaik la! Ikan percik paling sedap kat sini.

Lepas makan kami teruskan perjalanan ke Bukittinggi. Disebabkan semua pun tak cukup tidur malam tadi, maka kami semua memang pengsan sampai la Pak Kamal (tourguide) kejutkan. 

Kami stop di Lembah Anai. Kat sini ada air terjun. Macam kat Lata Iskandar jugak, sepanjang jalan penuh orang berniaga, bezanya kat sini jalan kecik! Seriau tengok bas berselisih dengan lori. Cuaca kat sini memang perfect. Tak panas, tak sejuk, just perfect.

Berlatar belakangkan Air Terjun Lembah Anai

Seberang jalan Lembah Anai ni ada rail keretapi lama yang dibina masa zaman Belanda, tapi dah tak digunakan lagi. Menurut Pak Kamal, kerajaan Indonesia plan nak baiki rail tersebut dan gunakan untuk keretapi pelancongan pada tahun 2017 nanti.

Seterusnya kami teruskan perjalanan ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau, Padang Panjang. Kat dalam ni akan ada penerangan pasal asal usul rumah tradisional minangkabau, Rumah Gadang. Korang kalau datang sini, wajib dengar, tak rugi. Serius. Sangat menarik. Kat sini jugak korang boleh sewa baju tradisional masyarakat minangkabau dengan harga 35000IDR dan bergambar sekeliling kawasan. Kalau korang hire photographer kat sini, korang boleh beli gambar korang dengan harga 30000IDR sekeping.


Rumah Gadang

"Rumah Gadang berfungsi sebagai tempat tinggal bersama, mempunyai ketentuan-ketentuan tersendiri. Jumlah kamar bergantung kepada jumlah perempuan yang tinggal di dalamnya. Setiap perempuan dalam kaum tersebut yang telah bersuami memperoleh sebuah kamar. Sementara perempuan tua dan anak-anak memperoleh tempat di kamar dekat dapur. Gadis remaja memperoleh kamar bersama di ujung yang lain. Rumah Gadang biasanya dibangun diatas sebidang tanah milik keluarga induk dalam suku/kaum tersebut secara turun temurun dan hanya dimiliki dan diwarisi dari dan kepada perempuan pada kaum tersebut." - Wikipedia


Us in the traditional costume at the traditional dais

Lepas rumah Gadang, kami teruskan perjalanan ke Bukittinggi. Since dah kenal Rumah Gadang, sibuk la kami usha rumah gadang kat kiri kanan jalan.

Plan asal, kami nak singgah ke Kampung Pandai Sikek yang penduduknya mahir bertenun. Kalau tengok kat duit kertas 5000IDR, korang boleh tengok gambar mesin tenun tu. Tapi disebabkan parking penuh, terpaksa cancel.


Duit 5000IDR

Maka kami teruskan perjalanan ke Kedai Mayang Taurai untuk shopping. Most kedai kedai kain kat sini akan quote harga dalam RM, so korang takyah dah susah susah nak congak. Kat sini banyak gila telekung dan kain sulam. Rambang mata kitorang.

Pukul 4 petang baru kami check in di Karisma Hotel, Bukittinggi. Pak Kamal kata pukul 7 kang make sure dah ada kat lobi untuk pergi dinner.


Karisma Hotel

Malam tu gigih kami pusing area hotel tu untuk cari simcard. Payah nak hantar gambar kain kat orang Malaysia yang mengirim kalau takde internet! Nak upload kat IG lagi.. hehehe..

Day 2 (05.08.2016)

Lepas sarapan di hotel, kami gerak ke Kelok 9. Dalam perjalanan tu sempat la singgah beli jagung manis. Semua makanan kat kedai ni berasaskan jagung. Sementara ahjumma sibuk pilih kuih, ahjushi dok minum kopi.

Kami sampai kat Kelok 9 dalam pukul 10.30 pagi. Tempat ni dinamakan Kelok 9 sebab jalan lama dia mendaki bukit, dan mempunyai 9 selekoh tajam. Jalan ni menghubungkan West Sumatera dengan Riau. So kalau nak ke Pekanbaru ikut jalan darat, memang akan lalu sini la. Tapi sekarang dah ada highway baru, so area ni jadi tarikan pelancong. Banyak jugak photographer kat sini. Dorang jual sekeping RM10. Tapi sebab kami banyak tangkap pakai handphone, kami tak beli pun. Dorang punya desperate nak jual, sampai sanggup turunkan ke RM3.


Kelok 9

Kemudian kami teruskan perjalanan ke Lembah Arau. Sepatutnya ada waterfall kat sini, tapi sebab musim kering, yang ada cuma kolam air. Cantik gak la gambar kat sini. Gambar sekeping 30000IDR, kami dapat 10000IDR. Okay la kan?


Ni #nofilter tau

Pukul 2.30petang kami singgah lunch di Rumah Makan Flora. Memang cantik landskap tempat ni, siap ada owl, eagle, fish pond, swan. Seberang jalan pulak ada padi yang menghijau. Habis makan, aku dengan Lyza terus lintas jalan untuk sesi photoshoot. Hiks.


Sehijau warna padi

Jam 3.30 kami gerak ke Istana Pagaruyung. Oleh sebab kami dah try costume semalam, harini lepak je kat dalam istana. First time aku gayat nak panjat tangga! Tiga tingkat je pun.


Lepas amik gambar, wajib hulur sumbangan ikhlas

On the way balik ke hotel, kami singgah shopping di Kedai Lindung Bulan. Kat sini aku borong kain pasang sulam untuk buat jualan dan ucu borong telekung. Terbang gak la RM1000 duit aku.

Sebelum balik hotel, kami singgah dinner dulu. Harini dinner a la carte, goreng goreng sebab dorang dah boring makan nasi Padang. huhu..

Day 3 (06.08.2016)

Harini kami akan melawat Tasik Maninjau yang menjadi salah satu tarikan utama di Bukittinggi ni.

First stop adalah Kedai Annisaa sebab bas kitorang nak pi isi minyak. Dorang kata, #ctdk shopping kat sini. Daripada pemerhatian aku, baju kat sini memang lagi mahal la. Tapi kualiti dia memang lain. Dan aku pun terjebak beli 2 pasang, 1juta IDR. Konon nak beli untuk ibu, tapi dalam hati, kalau ibu tak suka, aku amik.


Cantiknya yang pink tu

So kitorang pun teruskan perjalanan ke Tasik Maninjau. Pejalanan nak ke Tasik Maninjau ni ada 44 kelok! Pengsan weyh! Tapi kitorang turun sampai Kelok 37 je. Ucu kata, last time dorang turun sampai Kelok 1, habis mabuk semua dalam van. Kat Kelok 37 ni ada Rumah Makan, ada platform siap kat luar untuk bergambar. Memang bertasbih je kitorang sepanjang jalan. Subhanallah, cantik sangat!


Panorama view Tasik Maninjau


Sempat jugak kitorang snap group photo

Lebih kurang sejam kat situ, kitorang gerak ke Bukit Lawang. Kat sini boleh tengok panorama view of Tasik Maninjau. OTW nak turun, kitorang singgah kat kedai/kilang gula merah. Dapat la tengok the tradisional way of making gula merah.


Kat bukit tu ada tulis "Bukit Lawang"

Untuk lunch, kitorang makan makanan minang pulak. Memang sodap! Lapar pulak aku bila teringat ni.




Trademark makanan Padang

Since harini hari terakhir di Bukittinggi, petang ni kami melepak di Dataran Jam Gadang. Kat sini jugak ada Pasar Atas yang macam Pasar Siti Khadijah di Kelantan dan Pasar Baru di Bandung. Tapi memang kau takkan jumpa la kain macam yang dekat Annisaa tadi. Kain kat sini murah sikitttt je berbanding kain kat butik butik. So aku borong lagi kain pasang.


Dataran Jam Gadang

Dah habis borong, baru kami pi melepak kat Dataran, tengok manusia yang bermacam ragam. Parents yang bawak anak anak jalan jalan, pengamin yang mencari sesuap nasi dengan menghibur, penjaja yang cuba menarik pengunjung membeli jualan mereka.

At one point, ahjumma ahjumma ni nak beli selfie stick. So diorang panggil la sorang penjaja ni. Kau panggil sorang, memang semua pun akan datang, macam semut mengerumun gula. To be fair, sorang ahjumma beli kat sorang penjaja. So masing masing dapat buat jualan.


Malam tu kami pergi tengok Tari Parsembahan Minang. Persembahan ni cuma ada pada Jumaat dan Sabtu, jam 8.30malam. Tiket masuk 75000IDR (termasuk dalam pakej). Memang tak rugi masuk sini. One of the must-dos in Bukittinggi.


Salah satu tarian yang dipersembahkan

Eksaited ahjumma ni nak bergambar dengan retis malam ni

Day 4 (07.08.2016)

Pagi ni lepas sarapan, kami terus bergerak ke Airport. Dalam perjalanan kami sempat singgah makan Kuih Bika, atau orang sana panggil Kuih Neraka. Mesti korang pelik kenapa panggil neraka kan? Sebab kuih ni dibakar dalam claypot, atas api, lepas tu nanti ditutup dengan api lagi. Panas! Kuih Neraka ni macam lempeng kelapa. Memang sedap. 3000IDR sekeping.


Proses pembuatan kuih Bika @ Neraka

Sambil tunggu kuih siap, kita buat sesi photoshot dulu

Kemudian kami singgah alas perut dengan soto sebelum sampai airport. Ucu belanja. Thanks, Ucu!


Belanja gambar ucu satu

Jam 12pm kami sampai di Airport. Lama gak nak check in untuk 17 orang. Nasib baik cukup luggage yang dibeli. Flight kitorang pukul 2, so sempat la nak solat segala dulu. Surau kat airport ni mixed, tempat wuduk je separate. So pandai pandai sendiri la.


17 orang punya luggage yang dah beranak pinak

Jam 3.50petang kami selamat touch down di KLIA2. Tapi paham paham je la tunggu luggage kat sini. Dekat pukul 5 gak baru settle semua. Maka tamatlah sudah #tripahjumma ke Bukittinggi, Padang.





Next entry tak tahu nak sambung cerita #kkcirit atau nak tulis pasal #misimencarisalji

1 comment:

  1. Asslamualaikum Tuan/Puan.

    Sesiapa yang nak melawat ke Padang dan Bukittinggi jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami menyediakan PAKET TOUR DAN PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA UNTUK LAWATAN PADANG DAN BUKITTINGGI dengan harga yang sangat berpatutan dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.

    Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya bersama kami.

    Our motto : We serve you with heart

    Wassalam
    Contact person :

    1. Amsyahril
    ( Director )
    Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )

    2. Riko Adryansyah
    ( Tour & Transportation Manager )
    Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )

    ReplyDelete