Wednesday, 15 June 2016

Bandung, Indonesia 2015

Assalamualaikum,

Entry kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku first time travel ke Bandung Indonesia.

Ahli ahli rombongan ialah aku, Jana (adik aku) dan Zira (officemate aku).

Kitorang beli tiket masa promo free seat Malindo sebelum aku pergi Kinabalu. Aku takde specific tempat pun nak pergi sebenarnya. Tapi bila dok berjalan jalan kat blog orang lain, tengok pengalaman dorang, seronoknya.. rasa nak pergi jugak. So selalu la aku merengek kat office.. 

"Zira, jom pergi Vietnam.. Zira, jom pergi Thailand.. Zira, jom pergi Korea.." 

Si mak cik Zira ni pulak, bukan kaki travel. Dia pernah cakap kat aku, 

"Kalau you ajak I pergi shopping I nak la.. pergi Bandung ke.."

***

Pada suatu hari di bulan Mac 2015, aku ternampak la Malindo ada buat free seat promo. Usha punya usha.. 

"Zira! Return ticket Bandung 150 je!"

Maka kami pun TERbeli la tiket.. Flight nya bulan Ogos 2015.

Masa aku beli tiket tu, currency Rp1juta = RM286. Tapi boleh pulak lepas raya tu Ringgit kita jatuh! Adeh, lari bajet mak! All in all, average aku tukar duit, Rp1juta = RM300. FYI, aku bawak Rp10juta jugak la pergi sana. Almaklum la.. aku kan kakak yang baik, kena la sponsor adik..

***

Pada hari kejadian, kitorang janji nak jumpa kat KLIA2 lebih kurang pukul 10 tengahari, untuk check-in luggage dan lunch terus. Flight kitorang pukul 12pm.


Dalam beg lembu ni ada bagpack 65l lagi tau!

Tak tahu la apa motif gambar ni setiap kali travel

Pukul 1.20pm kami dah selamat mendarat di Bandung Hussein Sastranegara International Airport. Masing masing cari toilet dulu sebab tengok panjang gila queue nak cop imigresen. Aku bajet airport dia lebik kurang la dengan airport KK, sebab international kan.. Sekali sampai, mak aih, kecik gila! Kat situ kau nak cop passport, kat situ la jugak kau nak tunggu luggage. Sesak gila weyh!

Selesai urusan beg, kami pi keluar nak cari teksi untuk ke guesthouse. Untuk trip ni, aku dah book Unique Guesthouse 1 Pasar Baru through Agoda. Untuk 5 hari 4 malam kat sini, aku book 2 bilik with private bathroom, RM407.76. Book 2 bilik sebab sepatutnya ada kawan Zira join kitorang, tapi last minutes cancel pulak. Tapi not bad la tempat ni, within walking distance ke Pasar Baru (sebab kitorang memang niat nak shopping), breakfast provided, ada wifi, aircond, TV.


Bilik kitorang. Abaikan barang bersepah tu.

Lepas settle down kat bilik, solat segala, kitorang pun mulakan sesi bershopping di Pasar Baru. Kalau dari arah guesthouse, kitorang datang dari belakang. Kena go through wet market kat belakang Pasar Baru. 

Dah sampai sini, baru la aku tahu kenapa orang kata kalau kau dah jumpa yang berkenan, beli je terus. Sesat weyh! Kau memang tak jumpa dah kedai yang kau pergi pagi tadi. Dengan orang ramai nya..

Hari pertama di Pasar Baru, kitorang tak start shopping lagi. Baru usha market. Sempat beli blouse dengan baju tidur nak pakai malam nanti je.



Lebih kurang pukul 5 petang, peniaga kat sini dah mula tutup kedai. So kami pun keluar sama untuk cari makan malam. Masa tunggu teksi depan pasar tu, Ya Allah, macet bangat! Dengan keretanya, dengan motornya, dengan becanya.

Malam tu kitorang dinner kat Restoran Bebek Salero. Lokasi dia dekat dengan Masjid Raya Bandung. Bebek dia, menangis aku weyh! Pedas nak mampus! Makan malam kitorang disulami juraian air mata.

Bebek Cabe Ijo

Lepas makan, kitorang jalan kaki je balik guesthouse. Ingatkan dekat, rupanya jauh jugak la. Dah la malam. Nasib baik ada waze. 20 minit jugak la kitorang jalan kaki. Dekat belakang masjid tu ada macam uptown, tapi tak ramai sangat orang, nama dia Dunia Sepatu. Tak ramai orang mungkin sebab baru lepas azan, so semua pun pakat pi solat dulu.

***

Hari kedua, lepas sarapan, kitorang ke Pasar Baru lagi. Tapi harini kitorang tak jalan, kitorang naik beca.



Harini memang kitorang plan nak spend the whole day kat sini. 

Rambang mata

Kain cotton




Border lace


Zira borong lace


Kebaya


Satu fakta yang best pasal Pasar Baru ni, bila masuk je waktu solat, akan ada azan berkumandang. Btw, surau Pasar Baru ni kat tingkat atas sekali. Dekat area parking, ada tangga naik atas lagi. Tak tahu la nak explain macam mana. Kalau tak pasti, nanti tanya je kat peniaga-peniaga kat situ.

Malam tu kitorang sewa teksi, suruh dia bawak kitorang jalan jalan Bandung. Pakcik tu tanya nak shopping atau nak apa. Automatik jawab shopping.

Maka berjalan la kami malam tu. Tak tahu la ceruk mana pakcik tu bawak, kitorang memang bershopping sakan haritu.


***

Hari ketiga, kitorang upah supir untuk ke Tangkuban Perahu. Dah sampai situ, rasa menyesal pulak, patutnya pergi ke Kawah Putih. Orang kata Kawah Putih lagi cantik view dia. Lagipun entrance fee Tangkuban Perahu mahal! Rp200,000 seorang!

Balik dari Tangkuban Perahu kitorang singgah Lembang Floating Market. Jalan jalan, snap gambar sana sini, makan pisang cheese, bakso, sate kijang.

Lepas tu kitorang jalan lagi ke rumah rumah yang ada jual kain pasang. Tapi takde yang menarik hati. Mungkin sebab tempat tempat yang Iman (supir kitorang) bawak agak pricey.


Kitorang lunch agak lewat. Makan kat restoran makanan Padang. Sebab kitorang dah kebulur time ni, maka tiada lah gambar.

Lepas lunch kami teruskan ke Toko Tiga. Dapat la sambar Levis sepasang sorang. Harga memang murah, berbaloi!

Malam tu pulak kitorang terus ke Kartika Sari, borong brownies dan pisang salai cheese. Rambang mata weyh tengok brownies dia. Tapi takde tester.

Brownies


Dinner malam tu kitorang makan megi dengan pisang salai je. Huhu


***


Hari keempat kitorang ke Pasar Baru lagi. Kali ni untuk habiskan duit. Almaklumlah, orang kaya baru. Muahaha



Cantikkan? Boleh buat baju dinner.

Dan harini jugak, kitorang makan Gurame terbang dekat foodcourt Pasar Baru ni, untuk kali kedua. Sedap!

Nak dijadikan cerita, malam tu lepas kitorang kemas kemas beg, timbang, lebih 30kg! Masa ni Malindo belum naikkan baggage allowance lagi. Masih 15kg. Menggagau masing masing!

Cari cari no phone Malindo Indonesia, takde. Yang ada cuma no phone Malaysia. Buat la international call. Orang tu bagitahu, website dorang memang under maintenance, so ada problem sikit kalau nak beli luggage. Nak tak nak, memang kena berurusan di kaunter. Dan kena buat malam ni jugak, sebab kalau nak tambah luggage, kena 6 jam (or something like that) sebelum flight. Gila! Flight kitorang pukul 2 kut!

Kitorang pun terus sarung tudung, berlari pergi jalan besar, cari teksi untuk pergi airport. 

Masa tu pukul 8! 

Kaunter tutup pukul 9! 

Alhamdulillah, tak perlu tunggu lama, ada teksi berhenti. Sampai airport, kitorang suruh pakcik tu tunggu, kitorang berlari masuk, cari kaunter Malindo. Pak guard kat situ tak pasti bukak lagi ke tak, sebab selalu 8.30 dorang dah tutup.

Alhamdulillah, Allah permudahkan. Dorang belum tutup, tapi dah kemas kemas meja, bersedia nak balik. Disebabkan cash kitorang dah habis petang tadi, yang tinggal cuma cukup untuk teksi dan lunch esok, kitorang nak guna credit card. Dia tak terima pulak! Cash only.

Berlari la lagi aku dengan Jana cari money changer kat airport tu. Zira tunggu kat kaunter, jangan bagi orang tu balik dulu. Hehe

Selesai semua urusan, kitorang buat deal dengan pakcik teksi untuk amik kitorang, hantar ke airport esok.

***

Hari kelima, duit pun dah habis, so aku dengan Jana jalan jalan je dekat area guesthouse kitorang. Cari panadol dan cyber cafe nak print boarding pass.

Gigih gila kitorang pusing cari cyber cafe, rupanya kat belakang guesthouse kitorang je!

Lepas lunch kat airport, kitorang terus masuk ke imigresen. Time ni rasa menyesal pulak beli luggage lagi 10kg malam tadi. Diorang tak check pun kita punya hand carry lebih dari 2pcs ke tak.

Pukul 5.10 touch down, 6.15 baru dapat luggage. Lepas magrib baru kitorang gerak balik rumah.

***

Jangan tanya berapa bajet semua. Aku dah lupa. Trip ni dah 10 bulan berlalu. Cukup la aku bagitahu Rp10juta tu cukup untuk kami dua beradik makan, berjalan dan shopping jeans levis 2 pasang, kain macam kat bawah ni, plus lagi 4 pasang kain untuk ayah, ibu, aku dan adik buat baju raya, border lace untuk aku jual kat office dan beberapa pasang kain lagi yang orang kirim.



No comments:

Post a Comment