Baru je selesai trip 6H5M Kinabalu 2015 pada 16 April haritu. Serius, seronok sangat! Sampai harini masih tak boleh nak move on. hihi
Actually aku dah 2 kali pergi Kinabalu ni dalam masa 2 tahun. First time pergi, November 2013. Masa tu AirAsia buat tiket murah, and kebetulan "Vitamin B" masuk, aku pun terus beli untuk kitorang satu family. Tapi masa tu, kitorang tak sempat jalan jalan KK pun. Turun flight, terus gi Kundasang. And Subhanallah, terus jatuh cinta! Cantik sangat pekan Kundasang ni. Especially time hujung tahun! Pagi pagi boleh tengok sunrise, petang petang pulak pekan dia memang berkabus. Rasa macam kat obersi sangat!

Yang gambar atas tu waktu petang, gambar bawah pulak waktu pagi. Sejuukkkk!
Kali kedua pergi, November 2014 (dah macam annual event pulak ;p ). Kali ni aku dah pandai sikit bajet masa, so sempat la jalan jalan kat Kota Kinabalu. Sempat jugak makan seafood kat Gayang Seafood Restaurant. Makanan dia.. perghhh.. supperb! Fresh tau! Murah pulak tu! Tapi jauh sikit la dari KK.
Gayang Seafood Restaurant, a must try seafood place!
Tapi trip kali ni berbeza daripada trip 2013 & 2014, sebab:
1. trip kali ni pergi dengan kawan kawan, and
2. for the first time ever, kitorang nak tawan Gunung Kinabalu! (insyaAllah, Amiinn..)
Trip kali ni bermula bila Shahir offer kat aku,
"Kau nak ikut tak Kinabalu? RM450, April tahun depan."
Tahu tak perasaan aku time tu? Excited sangat! Tapi cuak pun ada jugak. Duit tu boleh diusahakan, tapi masalahnya,
'Ibu bagi ke? Ayah? Mampu ke aku? Bestnya dapat pergi! Nak pergi ke taknak? Nak ke tak? Tapi kalau aku tak ikut Shahir, nanti aku dah takde geng dah nak pergi sana.'
Lebih kurang macam ni la keadaan aku masa nak buat keputusan
Setelah berjaya pujuk ibu ayah, aku pun proceed payment nak join. (Tipu je, sebenarnya aku dah bayar baru ibu bagi permission pergi. hehe eh, tapi ayah bagi tau!)
Kitorang beli tiket Malindo KLIA2-KK RM207. Kira okay la kan sebab Malindo dah termasuk luggage and bak kata Izzati, dia bagi kacang.
(tapi masa flight haritu tak dapat kacang pun, dah upgrade jadi biskut! ;p )
Nanti aku sambung aktiviti hari pertama kitorang dalam next entry. Till next time, toodles!
No comments:
Post a Comment