Thursday, 7 May 2015

Kinabalu 2015: Preparation

Aku ni tak pernah pun nak join aktiviti outdoor ni dari dulu lagi. Lagi best duduk rumah, makan, tidur (hehehe...) First time belajar hiking ni semua, sebab Shahir. Setakat sebelum Kinabalu, aku cuma pernah pergi tempat tempat ni je:


Mac 2013 - Bukit Kutu, KKB (3jam, 15minit)

April 2013 - Sg Chilling, KKB (ni bukan hiking pun =,=)

Jun 2014 - Lata Medang, KKB


Sebab Kinabalu, maka aku terpaksa mentabahkan diri meninggalkan katil dipagi hari.

***

Lepas dah selesai urusan pembelian tiket, maka bermulalah episod episod training untuk ke Kinabalu...

Episod 1:


First training aku pergi Bukit Kutu masa bulan February. Time ni memang pancit habis. Almaklumlah, dah setahun lebih bawak kereta pi kerja, memang takde exercise langsung! Ada ke patut naik Kutu 4 jam? ish ish ish.. teruk.. teruk..


Feb 2015 - Bukit Kutu, KKB (4jam)

Tapi lepas Bukit Kutu tu pun, masih takde kesedaran gak lagi.. Masih dok enjoy enjoy pi holiday, makan makan, kenduri kendara. =,=

Melepak kat Pantai Remis

Episod 2:

Yang betul betul start training is masa pergi Bukit Saga, Cheras. Mungkin sebab kali ni aku pergi dengan Izzati and Ayu. Dorang ni kawan kawan Shahir yang join trip Kinabalu nanti. 

Bayangkan naik bukit Saga, sejam setengah! Gila tak fit! Stamina ke laut! Apek ahso kat situ naik 15 minit je kut seround. Siap buat 3-4 round lagi! 

Masa naik tu, Ayu laju je naik. Pastu tunggu aku kat mana mana. Aku sampai, dia gerak. Tu pun tunggu sebab aku yang bawak naik nasi lemak. Kalau tak, mau dah kena tinggal aku. (kekekeke...)

Bila tanya apa rahsia, Ayu kata dia naik tangga kat rumah dia tiap tiap malam. 17 tingkat kut kalau tak silap. (Uwaaa.. rumah aku mana ada tangga! T.T)

8 Mac 2015 - Bukit Saga (1jam 30minit)

Episod 3:

Memikirkan yang Kinabalu is only 1 month away, and bulan Mac sangat packed dengan kenduri sepupu/kawan, aku buat keputusan drastik untuk panjat tangga gak. Tangga office la tapi.

Satu yang tak best pasal tangga ofis ialah pengudaraan yang tak lancar. Ada bau rokok yang sangat kuat. Petang petang orang selalu lepak kat tangga, smoking.

First day, aku panjat sampai tingkat 10 je, dua round. Lepas tu aku upgrade la sikit sikit. Final week tu aku dah naik sampai tingkat 20, dua round. Terpaksa buat dua round je sebab asap dah tebal kat atas tu (Konon!)


Episod 4:

Untuk menguji tahap keberkesanan tangga aku tu, kitorang plan la ke Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan. Boleh baca my full story here

Alhamdulillah, tak sia sia la petang petang aku balik lambat untuk panjat tangga tu. Kali ni aku pulak yang tunggu orang, bukan lagi orang tunggu aku. (yay!)

14 Mac 2015 - Gunung Datuk (2jam)

Episod 5:

Sebab nak tebus malu naik Saga sejam setengah, aku buat second attempt. Kali ni dengan budak ofis. Siap boleh main naik-turun-naik-turun lagi (berlagak kan :P

Tapi lupa nak set time =,=

En route to waterfall

Episod 6:

Weekend terakhir sebelum pergi Kinabalu. 

Satu malam tu tiba tiba je ayah tanya, 'Kita nak daki bukit mana minggu ni?'

And I was like.. erk, biar betul ayah ni..

So aku pun set la dengan abang abang ofis aku untuk pergi Broga. FYI, aku belajar kat UKM 3 tahun, tapi tak pernah pergi Broga. Hahaha sadis betul!

5 April 2015 - Bukit Broga

Masa turun tu, walaupun aku bawak ayah, tapi.. "Eh, dah sampai?" hahaha kejap gila!

Naik Bukit Broga ni bagi aku satu pengalaman yang berbeza. Satu, mungkin sebab bawak ayah. Dua, sebab kebanyakan orang yang naik Broga ni sombong tak friendly.

Usually bila kita pergi hiking, kita jumpa orang yang nak turun, or orang berhenti rehat, kita ucap "Good morning," "Selamat pagi," "Assalamualaikum,"

selamat pagi

Tapi kat sini, bila kita senyum, "selamat pagi", boleh pulak budak budak ni pandang pelik. Ingat aku nak ngorat boipren dia agaknya (pleaseee *mata ke atas, tangan ke bahu*).

Shahir kata, (and I quote)

Broga ni tempat budak budak baru nak up. Anak anak orang kaya, students yang baru nak up, bila orang tanya "you biasa pergi hiking?" Dorang jawab, "haah, I selalu je naik Broga tu."



p/s: OMG! OMG! Biar betul aku nak naik Kinabalu minggu depan ni?! Tengok gambar adik adik UTHM ni macam fit gila je.

Tuesday, 5 May 2015

Kinabalu 2015: Introduction

Baru je selesai trip 6H5M Kinabalu 2015 pada 16 April haritu. Serius, seronok sangat! Sampai harini masih tak boleh nak move on. hihi

Actually aku dah 2 kali pergi Kinabalu ni dalam masa 2 tahun. First time pergi, November 2013. Masa tu AirAsia buat tiket murah, and kebetulan "Vitamin B" masuk, aku pun terus beli untuk kitorang satu family. Tapi masa tu, kitorang tak sempat jalan jalan KK pun. Turun flight, terus gi Kundasang. And Subhanallah, terus jatuh cinta! Cantik sangat pekan Kundasang ni. Especially time hujung tahun! Pagi pagi boleh tengok sunrise, petang petang pulak pekan dia memang berkabus. Rasa macam kat obersi sangat!

Yang gambar atas tu waktu petang, gambar bawah pulak waktu pagi. Sejuukkkk!

Kali kedua pergi, November 2014 (dah macam annual event pulak ;p ). Kali ni aku dah pandai sikit bajet masa, so sempat la jalan jalan kat Kota Kinabalu. Sempat jugak makan seafood kat Gayang Seafood Restaurant. Makanan dia.. perghhh.. supperb! Fresh tau! Murah pulak tu! Tapi jauh sikit la dari KK.

Gayang Seafood Restaurant, a must try seafood place!

Tapi trip kali ni berbeza daripada trip 2013 & 2014, sebab:
1. trip kali ni pergi dengan kawan kawan, and
2. for the first time ever, kitorang nak tawan Gunung Kinabalu! (insyaAllah, Amiinn..)

Trip kali ni bermula bila Shahir offer kat aku, 
"Kau nak ikut tak Kinabalu? RM450, April tahun depan." 

Tahu tak perasaan aku time tu? Excited sangat! Tapi cuak pun ada jugak. Duit tu boleh diusahakan, tapi masalahnya, 

'Ibu bagi ke? Ayah? Mampu ke aku? Bestnya dapat pergi! Nak pergi ke taknak? Nak ke tak? Tapi kalau aku tak ikut Shahir, nanti aku dah takde geng dah nak pergi sana.'

Lebih kurang macam ni la keadaan aku masa nak buat keputusan

Setelah berjaya pujuk ibu ayah, aku pun proceed payment nak join. (Tipu je, sebenarnya aku dah bayar baru ibu bagi permission pergi. hehe eh, tapi ayah bagi tau!)

Kitorang beli tiket Malindo KLIA2-KK RM207. Kira okay la kan sebab Malindo dah termasuk luggage and bak kata Izzati, dia bagi kacang
(tapi masa flight haritu tak dapat kacang pun, dah upgrade jadi biskut! ;p )

Nanti aku sambung aktiviti hari pertama kitorang dalam next entry. Till next time, toodles!