Thursday, 20 October 2016

Kinabalu 2015: Day 4 (Laban Rata via Mersilau)

Assalamualaikum,

So harini aku nak sambung cerita pasal trip kitoarang ke Kinabalu tahun lepas. Boleh baca cerita Day 3 kitorang kat sini.


***

Malam tadi tak lena tidur. Sejuk, nervous, semua pun ada. Berapa kali mimpi dah sampai puncak!

Sebelum subuh aku dah bangun, mandi dulu. Kang berebut pulak dengan 20 orang yang lain. Boleh pulak water heater tu tak function. Mengigil weyh!

Lepas breakfast, makan pil AMS, kemas kemas beg semua, kami gerak ke Kinabalu Park untuk registration. 

One of the side effects pil AMS is kau akan kerap nak terkucil. Boleh pulak Kinabalu takde air time kitorang nak naik ni! Arghhh

Bersedia untuk mendaki


Selesai registration, kitorang dan 4 orang guide gerak ke Kampung Mersilau dengan 2 van (sebab kitorang naik Mersilau Trail, turun Timpohon), 1 kereta kitorang tinggalkan kat Kinabalu Park. 3 orang pertama yang sampai gate Timpohon esok akan naik kereta untuk ambil van di Mersilau.




Sebelum mula mendaki, kami diberi taklimat berkenaan keselamatan dan the dos and don'ts semasa pendakian. Sesiapa yang rasa taknak bawak barang naik ke puncak, boleh la upah guide tu untuk bawak naik barang korang. RM18/kg. Lebih kurang pukul 10 baru kitorang mula mendaki.


Group photo sebelum mendaki

Summit trail map (Mersilau - Laban Rata - Low's Peak - Timpohon)

Disebabkan trip ni dah lebih setahun berlalu, aku pun dah tak berapa ingat the details. Tapi the first hour of the hike memang pancit sikit. Mungkin sebab nak get used to the altitude kut. Tapi lepas tu okay je.. As long as korang maintain langkah/pace and just enjoy the scenery.

Dengan guide

Jambatan gantung





Kalau korang ikut route Mersilau ni memang banyak gila tempat untuk bergambar. Dan view dia memang saaaaangat cantik. Dah tengahari sikit baru kitorang berhenti makan lunch pack yang kitorang bawak. Masa ni kitorang antara ahli group yang tercicir.

Lunch di Pondok Nepenthes di KM3

Snow ke tu?


Oleh sebab semangat berpasukan yang jitu, aku dan Ayu temankan Jiji yang dah agak pewai dan almost give up. Stress jugak weyh jadi sweeper ni. Hahaha padahal kitorang bukan sweeper pun. Tapi tak sampai hati la kan nak tinggal Jiji sorang dengan Azim (Tuan Pengarah merangkap sweeper sebenar).

1500hrs baru kat helipad

Jamban takdak ayer!

Ji, bangun Ji.. sikit je lagi..

Lepas pada Layang Layang Hut, Azim kata dia nak jalan dulu, sebab nak pi toilet and solat. Nanti dia tunggu kat next stop. So tinggal la aku, Ayu, Jiji dan Zeron (guide kitorang aka Darling Jiji). Stress weyh bila member jalan 10 langkah, berhenti. Naik 5 anak tangga, berhenti. Tapi dah nak sampai kut, takkan nak patah balik kan? So kitorang push jugak Jiji. Borak borak dengan dia, gelak gelak, pasang lagu "All of Me" by John Legend all the way, nyanyi nyanyi..

Go Jiji, go!

Berhenti solat dulu

Jauhnya lagi...


Dusk, sunset

Masa Magrib tu kitorang dah tinggi jugak la, dan makin sejuk. Magrib weyh, and kitorang tak sampai lagi! Gelap kut. Masa ni aku punya glove and headlamp aku dah bagi kat Jiji, sebab dia menggigil awal awal tadi.

Lepas azan isyak kut kat phone, ada incoming call kat phone aku, tak tahu la siapa yang call, sebab aku tak save nombor yang lain time tu. Caller tu kata, "Korang nanti terus naik kat dorm je, kitorang dah masakkan air panas untuk korang." Sweet kan?

Alhamdulillah lebih kurang pukul 9 baru kitorang sampai kat hostel (jangan tanya nama hostel, masa ni aku nampak selimut je!) Kurang lebih 10 minit lepas tu, Shahir dan Izzati masuk, bawak kari ayam and nasi. Dorang sempat singgah kat Laban Rata, beli kari ayam. Masa tu restoran dah nak tutup, so staff tu jual RM25 semangkuk kari ayam kat dorang. Ingatkan mangkuk kecik, rupanya mangkuk nasi tu. Kau boleh makan 10 orang punya portion!

Tapi sejuk sejuk tu, meggi yang berasap tu la yang paling sedap!

Dinner kari ayam

Good Night

Malam tu kitorang share satu katil 2 orang, sebab malas nak keluar pi bilik sebelah. Penat gila! Aku set alarm pukul 1.30pagi, sebab pukul 2 dah nak naik. Tapi pukul 1 dah terjaga, dengar alarm orang lain.

To be continued to Day 5...