First time aku try All Terrain Vehicle atau lebih dikenali sebagai ATV ni, masa aktiviti berjoli sakan kat Sunway Lagoon bulan 10 tahun lepas. Tapi kat Sunway, trail dia pendek je, 10 minit dah habis satu round. Tapi boleh la setakat kau nak propa kat member yang kau pernah main ATV.
So masa kelab kebajikan Pelaburan MARA Berhad, #PMBUnited kata nak buat aktiviti ni, perasaan teruja tu pun menampakkan diri. Terus je bagi nama. Kitorang pergi yang dekat Kemensah, ATV Adventure Park.
Kat sana ada beberapa pakej yang ditawarkan. Korang boleh pilih sendiri nak pergi air terjun ke, nak ronda ronda hutan je ke. Tapi bike agak limited, ada 80 buah je. So make sure korang call and book dulu sebelum terjah ke situ!
Kalau ikut mesej organiser, sepatutnya 8.30 dah start briefing. Tapi kalau dah organiser nya yang lambat, pukul 9 gak la baru start. Lepas isi form, baru la start briefing.
Isi borang dulu ye
Sesi briefing
Lepas selesai briefing, kami diberi masa untuk practice dulu dekat track yang ada di base. Practice session ni untuk bagi peluang kepada first-timer untuk belajar cara cara nak kawal minyak, brek, etc.
Then only kami dibenarkan untuk turun ke main road, dan seterusnya memulakan perjalanan ke Air Terjun Sofea Jane (Kitorang amik Pakej C). Disebabkan kitorang ni semua beginner, and ramai sangat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Lebih kurang 7 orang untuk sorang guide.
Lebih kurang sejam ke sejam setengah kemudian, sampai la kami ke tempat yang dituju,
Masing masing makan bekalan yang dibawa
Sejuk oi air terjun dia!
Lepak sini kejap je, dia dah panggil balik. Sebab kitorang punya pakej 9-12 je T.T
Masa balik ni, semua pun acah acah professional. Siap boleh main race lagi. Lagi besar lopak air, lagi kuat press minyak.
Kasut dan kaki masing masing selepas ride
Lebih kurang pukul 12 tengahari, semua pun dah selamat sampai kat base.
Group photo di Sofea Jane Waterfall
Group photo di base
Dah penat berATV, organiser kata, TABS (CEO PMB Tijari) ajak makan lunch kat rumah dia. Weehu! Hakak suka makan pree!
Sedap gilos!
Enjoy gila! Harap PMB United akan teruskan aktiviti aktiviti yang macam ni di masa akan datang!