Friday, 26 June 2015

Kinabalu 2015: Day 2 (Pulau Sapi)

13 April 2015

Sebab aku dah tidur awal semalam, pagi ni pukul 5 pagi aku dah bangun. Diorang kata pukul 7 nak gerak ke jeti. Harini kami nak pergi Pulau Sapi!! 

"Bangun, bangun. Subuh weyh. Kita kat Sabah, bukan kat Semenanjung!"

Dah dekat nak pukul 6 jugak la baru semua bangun. Masing-masing dengan muka apehal-kejut-kitorang-awal-sangat! 

Lepas insiden screen-crack-charger-tertinggal-simcard-not-detected, nasib baik WIFI boleh guna, and Shahir kata dia ada bawak USB iPhone. So pagi tu aku terjah ke boys-room kat tingkat atas. 

Budak-budak ni la kan.. boleh pulak baring-baring atas katil sambil biar pintu terbukak. Malu hakak tau!


Walaupun tak boleh nak call/text/online, atleast masih boleh guna untuk tangkap gambar kan? Bersyukur la Wani, bersyukur.

Mind you, aku cuma tertinggal USB iphone je. Powerbank and charger samsung yang also compatible dengan powerbank tu kau bawak pulak kan! So cucuk je la kat powerbank sepanjang pagi ni.

Pagi ni baru first time aku jumpa dengan yang lelain. Kami jalan kaki je dari hotel ke jeti. Takde la jauh mana pun. Anggap je la training nak naik Kinabalu lusa.

Jalan jalan di Kota Kinabalu dengan t-shirt & track suit. Kau hado?

Breakfast dulu sebelum main dengan ikan

 Melepak sementara tunggu Tuan Pengarah 

Bukan aku je gila gambar hokay. Diorang ni pun sama.

Tuan Pengarah tengah buat kira-kira

Lebih kurang 8.50pagi rombongan kami selamat mendarat di Pulau Sapi, Sabah. Pulau Sapi ni salah satu daripada 5 pulau Taman Laut Tunku Abdul Rahman. Pulau-pulau kat sini memang cantik untuk snorkeling dan aktiviti air yang lain.


Haruslah bergambar dengan signboard dulu kan

Panorama view 

"Cepat tangkap gambar I takde kaki" =,=
  

Hero-hero bergambar dengan abam lifeguard


Takde orang nak tolong amikkan gambar, terpaksalah guna kreativiti

Setengah hari jugak la kami lepak kat sini. Snorkeling is our main activity. Ada jugak yang join parasailing. Kat sini la baru Izzati, Ayu dan aku berkenalan dengan budak-budak lelaki yang lain. Gegirls dah berkenalan masa kat jeti pagi tadi. 

Group photo sebelum kembali ke tanah besar

Jom balik!

Pukul 2 baru kami gerak ke mainland. Masing masing dah penat dan lapar.

Sampai jeti, kitorang singgah kat kedai outdoor kat area situ. Sesiapa yang tak cukup kelengkapan, boleh la nak shopping sikit. Tengok barang-barang yang diorang ni bawak, aku rasa macam aku underprepared la pulak. Dah la beg aku paling kecik.

Lepas tu kitorang jalan kaki ke Center Point untuk makan. Lepas makan, kami jalan-jalan dalam mall, cari farmasi. Nak beli ubat AMS. Jenuh gak la mencari farmasi yang ada pharmacist. Akhirnya jumpa jugak, RM2 sebiji.

Symptoms of AMS, HACE and HAPE

Kat mall ni banyak jugak kedai phone, tapi bila aku tanya, diorang suruh pergi kedai Apple. Nasib baik jugak kat sini ada Apple Retail Store. Mula-mula lengchai tu ingat aku nak repair screen, tapi aku cakap kat dia,

"takpe, saya tak kisah pasal screen tu, saya cuma nak dia boleh detect sim je"

Rasa macam nak peluk je lengchai tu bila phone aku dah boleh detect simcard! 

Boleh tanya Ayu macam mana leganya muka aku masa tu. Hahaha

Lepas tu baru aku dan Ayu jalankan misi rahsia kami. Jeng jeng jeng! Kalau nak tahu, tunggu entry menuju puncak ye. 


Then kami balik ke hostel untuk solat. Diorang yang lain pergi shopping, sebab turun dari Kinabalu nanti, diorang terus naik flight balik Johor.

Lepas magrib, kami berpecah lagi. Diorang teruskan shopping, kami berempat pergi cari seafood. Haha craving sangat kan?

Kami makan kat satu restoran cina kat belakang Guardian. 

RM214 untuk 4 orang makan

Sedap weyh! Tapi tak puas hati sebab tak dapat soft-shell crab aku! >,<

Chilli crab tu RM18 je tau. Yang mahal kitorang makan ni, lobster. RM78.

Sebab rasa bersalah makan tak ajak yang lain, on the way balik tu kitorang singgah Secret Recipe, beli kek 2 slice.

 Gambar cedok kat google

Balik hotel, mandi, makan kek, kemas apa yang patut, tidur. Esok kami akan gerak ke Kundasang. Nervous!

Wednesday, 24 June 2015

Kinabalu 2015: Day 1 (Kota Kinabalu)

Pejam celik, pejam celik, dah 6 hari kita berada dalam bulan Ramadhan ni. Harapnya jangan ada yang puasa yang-yok-pagi-pagi-bukak-periuk ye.

Awal bulan haritu juga, kita digemparkan dengan berita gempa bumi yang melanda Sabah amnya, dan Kinabalu khasnya. Pada hari kejadian, penuh whatsapp dengan gambar dan updates daripada geng-geng #kkcirit pasal gempa tersebut. Terbayang pulak entah macam mana keadaannya kalau kejadian yang sama terjadi masa kitorang kat sana dulu. 
#PrayForSabah

***

12 April 2015

So Ahad tu, flight kitorang pukul 7.00 pagi. Pukul 5.00pagi aku gerak dari Sg Buloh dengan Shahir, Ayah dan kawan Ayah sekeluarga (dorang nak gi panjat Broga. Semangat sangat!). 

Sepanjang perjalanan ke airport tu, dorang dok usik Shahir, "larat ke nak naik Kinabalu ni?" (sebab si Shahir ni spesis badan besar, dia selalu kata 1 helai baju dia sama dengan 3 helai baju aku)

Tengah-tengah excited nak turun kereta nak bawak turun luggage, thud! Bunyi benda jatuh!
Handphone ku jatuh retak seribu,
Hatiku juga retak seribu T.T

Kutip handphone, salam-peluk-cium Ayah, angkat beg, masuk airport. Sementara Shahir mesej Izzati and Ayu, aku godek beg. Charger pulak tertinggal! Haih.. =,=

Dugaan betul.

By the way, Ayu dengan Izzati dah sampai airport dari malam tu lagi. Dorang tidur kat sana je terus. Tak sanggup nak korbankan tidur katanya.

Cantik je akak ni landing

Meet Izzati

Yay! First group photo!
(Izzati & Shahir, Ayu & aku)

Ni first time aku naik Malindo untuk long distance. Sebelum ni naik pergi Langkawi je. Rupanya kalau long-distance flight ada TV! \(^o^)/

Korang kalau naik Malindo jangan lupa bawak earphone/headphone sendiri tau!

Ayu layan Maze Runner. 
Eh, ke Maze Runner layan Ayu?

Flight KL-KK ambil masa lebih kurang 2jam 45minit. Cerita apa lagi yang perfect untuk duration tu kalau bukan...

Hindustan! kan? Hehehe

So sepanjang 2jam 45minit tu aku layan Jai Ho. 

Jai Ho poster
"If someone helps you then 
instead of saying thanks, help three more people 
and then it can become an endless chain 
and everybody will get help when needed."

Lebih kurang pukul 10 pagi kitorang selamat sampai airport KK. Tapi masa ni kitorang tak tahu lagi nama hotel lagi. Gigih la si Shahir tu dok hantar text kat group Whatsapp kitorang, sorang pun tak reply. Sampai akhirnya dia call Azim, pengarah program ni. Baru la lega.

Amboi luggage, macam nak duduk sana sebulan!

Dah dapat nama hotel, baru la fikir nak ke sana naik apa. Masing-masing perut dah lapar, sebab tak breakfast lagi. Kaunter tu kata ada bas ke Centre Point, murah pun murah, tapi lambat lagi la pulak. Lepas 5 minit bincang, perut-pun-dah-mula-nyanyi-tapi-taknak-makan-KFC-sebab-kat-KL-pun-ada, so kitorang decide nak naik teksi je. 35 hinggit kau! Dekat je kut. Tapi sebab bahagi 4 orang, so murah la sikit.

Dekat KK ni kitorang stay kat A&J Budget Hotel. Daripada airport kitorang terus ke hotel. Tak dapat check-in, dapat letak beg pun jadi la kan. Bila kitorang minta izin nak letak beg, receptionist tu kata, satu daripada dua bilik kitorang dah siap, so boleh je kalau nak terus check-in. Alhamdulillah! Lega betul.

Ni bilik gegirls

Masuk je bilik, Izzati dengan Ayu terus serbu bilik air. Almaklumlah, dari semalam tak mandi kan.. hihi

Masa kitorang nak keluar makan, receptionist tu suruh bayar deposit bilik. Okay.. rupanya tak bayar lagi bilik tu.. So aku cakap kat dia, nanti ada geng kitorang yang lain yang akan bayar deposit bilik. Dia pun okay je. Kitorang tinggal kunci (takut nanti yang lain sampai, kitorang tak balik lagi), terus keluar makan kat kedai bawah. A&J ni betul-betul berdepan dengan Pasar Filipina. So tak perlu risau la nak makan ke nak shopping ke.

Lepas makan, kitorang jalan kaki ke Center Point. Sebab rombongan dari UTHM lambat lagi nak sampai, kitorang decide nak tengok wayang. Fast 7!

Tiket murah, popcorn pun murah

Murah gila wayang kat sini! Tapi panggung dia panas! Haha first time aku masuk panggung, berpeluh. Sementara tunggu wayang start, aku dengan Ayu jalan-jalan cuci mata dalam shopping mall ni. Mind you, kat sini banyak gila kedai CD yang jual CD cetak! And they don't even bother to hide it! Terang-terangan play CD tu kat TV depan kedai. Kejutan budaya sekejap kitorang.

Dalam masa sejam sebelum wayang kitorang start, kitorang dah selamat tengok Cinderella, Fast 7, 7th Son, dan beberapa movie lain.

Balik hotel petang tu, dah ada 4 orang ahli baru dalam bilik kitorang. Lynn, Mira, Ceqwa dan Jiji. Petang tu tak sempat berkenalan sangat pun. Masing-masing rushing nak solat, lepas tu keluar cari makan.



Malam pertama di KK, kami berempat makan kat Pasar Filipina. Dorang yang lain makan kat sini gak, tapi gerai lain. Makanan kat sini okay la, not bad. Tapi berasap la. Nasib baik aku tak mandi lagi (hehe).

Masa kitorang balik bilik malam tu, dorang yang lain tak balik lagi. Shopping agaknya. Aku sempat mintak bantal extra kat receptionist tu. Boleh pulak dia reply, 

"Mintak mana boleh. Pinjam boleh." 

Sabar je la. =,=

Masuk bilik, ingat nak call Ibu, sekali..

"Simcard not detected"

Uwaaa.. Terus moral down. 

On wifi, whatsapp family "Phone jatuh. Screen crack. Simcard tak detect."

Mandi. Tidur.