Date: 14 March 2015
Sabtu minggu lepas kitorang, geng-geng Pelaburan MARA Berhad (padahal 4 orang je pun) telah berjaya menakluk (pergh ayat!) puncak Gunung Datuk! (yay!)
Sepatutnya ada jiran aku join, tapi dia tukar plan saat saat akhir sebab dia kata, "Gunung Datuk senang. Tak mencabar nak training untuk Kinabalu." (Berlagak betul!)
So yang join trip kali ni cuma Abang Nizam & Kak Nini (wife abang nizam), Abang Nazri, Syarif and aku.
So yang join trip kali ni cuma Abang Nizam & Kak Nini (wife abang nizam), Abang Nazri, Syarif and aku.
Sedikit latar belakang Gunung Datuk yang aku google sebelum pergi,
"Gunung Datuk is a mountain near Rembau in Negeri Sembilan, named after a local chieftan from ancient times who used the peak as a ceremonial venue to elect clan leaders. At only 883m, it's a steep but brisk hour plus trek for fast climbers to the top, while others may take two to three hours. A MYR5 fee is levied on climbers at the entrance park, which can be reached by passing through an estate from the main road about 21km from Rembau town, or 15km from Tampin. The summit is famous for its panoramic views, including villages and towns stretched across a plane of green towards the coastline facing the Straits of Malacca."
Kitorang gerak dari KL lebih kurang pukul 7.30pagi. Tapi aku keluar awal la since aku dari Sg Buloh, lepas tu nak singgah beli nasi lemak lagi. Kami janji nak jumpa lepas tol Pedas-Linggi pukul 8.30am.
Kalau dari Pedas-Linggi, korang amik kiri, lepas tu terus je sampai kat roundabout, ambil pukul 3 (kanan). Terus lagi, sampai trafic light, amik kanan. Lepas tu terusssss je sampailah korang jumpa signboard "Gunung Datuk" (board putih with green border). Jangan tertipu dengan signboard kaler coklat "Hutan Lipur Gunung Datuk, 2km" (macam kitorang!), sebab dari signboard tu ada la lebih kurang 5km lagi baru sampai kat simpang yang betul.
Sampai kat kaki gunung, kami makan dulu sebungkus sorang nasi lemak, sebab dah lapar sangat, tak sempat breakfast. Lebih kurang pukul 10am baru kitorang start mendaki.
Untuk pengetahuan, nak daki Gunung Datuk ni kena daftar permit dulu, bayar RM5.
Sebelum mula mendaki, kena daftar dulu nama kat kaunter.
Take note nombor nombor yang boleh dihubungi kalau berlaku kecemasan.
Punya la excited nak mendaki, tapi tak tahu starting point kat mana. Sadis betul!
+ Bang, start kat mana bang?
- Turun kat bawah tu sikit, dekat keris tu, turun ke bawah. Nanti awak jumpa ada batu kami dah cat warna oren.
Laluan masuk.
Seberang sungai tu dulu.
Starting point.
Untuk pengetahuan korang, Gunung Datuk ni memang terus menegak je dari mula. Siapa yang stamina tak kuat memang confirm pancit. (Nasib baik aku dah train panjat tangga ofis tiap tiap petang! Hiks) Trek menegak tu lebih kurang 3/4 perjalanan!
Abang akak and adik yang join the activity
Menegak dan terus menegak.
Tapi jangan risau, jalan je slow slow. Insya Allah sampai je ke puncak tu. Mindset je semua tu. Kalau tak larat, take 2. Jangan berhenti lama lama, nanti lambat nak dapatkan balik rentak tu, lagi bertambah penat.
RNR yang pertama, after 45 minutes hike.
Kitorang ambil masa 2 jam la jugak untuk sampai ke puncak. Orang kata, kalau fit, sejam pun boleh.
Puncak penuh. So lepak dulu tunggu turn.
Sampai kat atas ni, dorang kata ada satu group budak budak sekolah tengah bergambar kat puncak. So kena tunggu dulu. Aku pun ambil kesempatan melantak menjamu selera dulu. (Lapar kut!)
Benda wajib, nasi lemak!
Selesai melantak menjamu selera, kami pun mula aktiviti memanjat tangga. Mind you, tangga tu goyang hokayh!
Basically, untuk sampai ke puncak Gunung Datuk ni, korang kena panjat 3 tangga bomba. Tangga pertama tu, tak payah cerita la ye, senang je. Kalau korang tengok, kat gambar nasi lemak aku tu boleh nampak dah tangga first tu.
Tangga yang kedua tu korang akan cuak sikit. Sebab dia sambungan 2 tangga. Sampai kat tengah tengah tu, dah bergoyang! Kat sini ada 2 tangga; satu untuk naik, dan satu lagi untuk turun.
*Tips masa naik/turun tangga ni, jangan pegang tepi tangga! tapi pegang anak tangga tu (tempat pijak tu la maksudnya).
Tangga kedua. Sampai kat tengah tengah tu dia dah start goyang!
Sampai kat level yang ni, view dah cantik. Tapi tak puas la kan kalau tak sampai atas betul betul.
So kita panjat lagi satu level (2 tangga).
tu dia tangga! nangis weyh nak turun balik!
Alhamdulillah, selamat tiba di puncak. View dia.. Subhanallah, cantiknya..
konon konon tengah photoshoot untuk cover next album kitorang
View kat belakang tu.. pergh!
Geng-geng Pelaburan MARA di puncak Gunung Datuk
Setelah lebih kurang setengah jam duk bergambar kat atas tu, mula la part yang paling menakutkan dalam aktiviti hari ini:
TURUN TANGGA!
Sayuppppp je rasa tengok bawah tu!
Menggigil weyh rasa!
Nasib baik ada abang abang dari Seremban yang memang hikers kental yang tolong guide macam mana nak turun. Terima kasih la abang abang sekalian. Jasamu dikenang!
Mengeratkan silaturrahim. Bergambar dulu sebelum balik.
Tempoh masa turun ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sampai je bawah, terus terjah kedai jual air sejuuukkkk.. Fuhhh.. Lega...
Lebih kurang pukul 4.30pm, kitorang bergerak balik.