Tuesday, 22 September 2015

ATV Adventure Park, Kemensah

Sabtu, 19 September 2015


First time aku try All Terrain Vehicle atau lebih dikenali sebagai ATV ni, masa aktiviti berjoli sakan kat Sunway Lagoon bulan 10 tahun lepas. Tapi kat Sunway, trail dia pendek je, 10 minit dah habis satu round. Tapi boleh la setakat kau nak propa kat member yang kau pernah main ATV.

So masa kelab kebajikan Pelaburan MARA Berhad, #PMBUnited kata nak buat aktiviti ni, perasaan teruja tu pun menampakkan diri. Terus je bagi nama. Kitorang pergi yang dekat Kemensah, ATV Adventure Park


Kat sana ada beberapa pakej yang ditawarkan. Korang boleh pilih sendiri nak pergi air terjun ke, nak ronda ronda hutan je ke. Tapi bike agak limited, ada 80 buah je. So make sure korang call and book dulu sebelum terjah ke situ!




Kalau ikut mesej organiser, sepatutnya 8.30 dah start briefing. Tapi kalau dah organiser nya yang lambat, pukul 9 gak la baru start. Lepas isi form, baru la start briefing.


Isi borang dulu ye

Sesi briefing

Lepas selesai briefing, kami diberi masa untuk practice dulu dekat track yang ada di base. Practice session ni untuk bagi peluang kepada first-timer untuk belajar cara cara nak kawal minyak, brek, etc.





Then only kami dibenarkan untuk turun ke main road, dan seterusnya memulakan perjalanan ke Air Terjun Sofea Jane (Kitorang amik Pakej C). Disebabkan kitorang ni semua beginner, and ramai sangat, kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Lebih kurang 7 orang untuk sorang guide. 






Lebih kurang sejam ke sejam setengah kemudian, sampai la kami ke tempat yang dituju,




 Masing masing makan bekalan yang dibawa

Sejuk oi air terjun dia!

Lepak sini kejap je, dia dah panggil balik. Sebab kitorang punya pakej 9-12 je T.T






Masa balik ni, semua pun acah acah professional. Siap boleh main race lagi. Lagi besar lopak air, lagi kuat press minyak.

Kasut dan kaki masing masing selepas ride

Lebih kurang pukul 12 tengahari, semua pun dah selamat sampai kat base. 


Group photo di Sofea Jane Waterfall

Group photo di base

Dah penat berATV, organiser kata, TABS (CEO PMB Tijari) ajak makan lunch kat rumah dia. Weehu! Hakak suka makan pree! 

Sedap gilos!

Enjoy gila! Harap PMB United akan teruskan aktiviti aktiviti yang macam ni di masa akan datang!



Friday, 7 August 2015

Kunming, China 2015

"Dah lima kali naik kapal terbang. Pertama kali, pergi Mekah. Kemudian pergi Indonesia, Sarawak, *sampai sini aku tak ingat dah, hehe*. Lepas ni nak ke Vietnam. Kali ke-6, bulan 6."

Bila atuk dah keluar statement macam tu, kami cucu cucu pandang each other. 

"Betul ke nak gi Vietnam? Siapa cakap?" 

Suka suki je atuk ni. Bulan 6 puasa, tuk. Jana, Ain pekse.

***

Itulah pencetus kepada penjejakan kaki kitorang ke Negeri China ni.

Sejak sepupu sepapat dah besar besar ni, susah betul nak pergi bercuti bersama. Yang dah kerja tu tak kisah la, boleh apply cuti tahunan. Masalahnya bila cuti sekolah dengan cuti universiti dan cuti matrikulasi tak sama. Bila sekolah cuti, uni tak cuti. Bila uni cuti, matrix tak cuti.

Makanya, mak mak dalam family kitorang buat plan, jalan time raya! Sebab time raya, semua pun cuti.

Lepas 2-3 kali mesyuarat di Whats App, ibu bagitahu kita akan pergi ke Kunming, the Spring City.

Kenapa panggil Spring City? Sebab Kunming ni kedudukan dia kat tanah tinggi, so cuaca kat sana tak panas, tak sejuk, sedang sedang je. Bak kata tour guide kitorang, 

"In summer, it is not too hot. And in winter, it is not too cold."

Untuk trip kali ni, kami pergi dengan Andalusia Travel & Tours.

Sejak mula belajar melancong ni, ni first time aku travel ikut travel agent. And bila dah sampai kat China baru aku tahu rupanya ni trip pertama Andalusia ke Kunming.

All-in package kitorang lebih kurang RM2,400 seorang, untuk 5 hari 4 malam.


Itinerary Kunming

Hari
Aktiviti
Sabtu
Tiba di Kunming Airport
Dinner
Check-in hotel

Ahad
Breakfast
Stone Forest Scenic Area (2hr journey. Totally worth it!)
Lunch
Silk Museum (sebenarnya kedai jual sutera yang buat isi comforter je)
Dinner

Isnin
Breakfast
Yunnan Luyu Tea Culture Exchange Centre
Green Lake Park (Boleh la cari souvenirs kat sini)
Shun Cheng Mosque
Nanping Pedaestrian Street, Jade Rooster Archway (Boleh la cari souvenirs kat sini jugak)
Dinner

Selasa
Breakfast
Flower Market (jual end-product of flowers – soap, shampoo, etc)
Luosiwan Wholesale International Trade City of Kunming (lebih kurang macam Kenanga je, tapi sebab kitorang memang nak peghabih duit, so habis segala jacket aku beli)
Dinner

Rabu
Breakfast
Pearl Museum (again, not really a museum. Lebih kepada kedai pearl. Tak tahu la kedai ni memang tipu ke apa, tapi dia jual brooch around CNY1,600. Katanya ada 70% less, that makes it CNY480. Tapi bila ibu mintak CNY100, dapat je. Gila!)
Lunch
Check-in di Kunming Airport


18 July 2015; Arrival at Kunming International Airport

Dinner 18 July

Sempat jugak dorang ni ngajak polis tu bergambar

Begonia Hotel, Kunming

One family from Jiansu, China yang kami jumpa kat lobby.
Anak dia sangat excited jumpa kitorang, sebab dorang je boleh faham english sikit-sikit compared to the parents. Tiap kali jumpa kat tepi jalan, dari jauh dah jerit "Hello! Hi!"

Gegirls Hj Hassan


Hj Hassan's family at Stone Forest, Kunming

Anak-menantu Hj Hassan

Lunch

Antara hasil kraf tangan warga Kunming

Silk Museum

Bread Works 
(make sure cari yang ada tulis HALAL kat luar kedai, hokayh)

Cubaan berkomunikasi untuk beli anggur

Satu-satunya stall Muslim yang kami jumpa

20 July; Yunnan Luyu Tea Culture Exchange Centre

Green Lake Park

Masjid Nanping

Jade Rooster Archway

Pedestrian Street 
(lebih kurang macam Petaling Street, but shorter)

Adik aku ni memang suka benda benda macam ni

Dengan imam besar Masjid Nanping

"Anak-menantu-cucu solehah" - tour leader yang kata ye..

Habis kami borong kasut kat kedai akak comel ni

21 July; Luosiwan Wholesale International Trade City of Kunming

Dah penat shopping, jom kita race!
(Dengan pak ngah je akan keluar idea macam ni)

22 July; Balik Malaysia

Ustaz ajar kitorang 'duckface'

Warmest welcome-home party by the AirAsia crew. Siap pasang lagu raya sepanjang flight. 

Antara makanan kitorang sepanjang di Kunming:






untuk tarikh yang takde gambar tu, 
anggap je la kitorang lapar sampai tak sempat snap gambar :p

Basically, Kunming ni baru nak develop untuk pelancongan, so korang jangan la berharap sangat nak beli keychain ke, fridge magnet ke, tshirt I-heart-Kunming ke..

Kunming jugak sangat tak sesuai untuk mereka yang memerlukan wheel chair macam atuk dan wan. Semuanya bertangga. Even airport dia pun ada satu part ni takde elevator, and escalator dia super laju. So kitorang terpaksa papah wan yang tak berapa nampak tu untuk turun tangga.

Tapi overall, best je datang sini. Tengok culture dorang, macam mana dorang treat tourist.. Dorang ni sangat excited jumpa kitorang. Tak tahu la sebab kitorang tourist, or sebab kitorang muslim. 

Masa jalan-jalan kat Stone Forest tu, ada satu  group  Chinese ni tegur kitorang in Chinese (mana la aku paham dia cakap apa), sambil tunjuk tunjuk phone dia. Aku ingatkan dia nak mintak tolong tangkapkan gambar dia, rupanya dia nak tangkap gambar dengan kitorang! Haha lawak pun ada bila fikir balik. Dia cakap cina, aku cakap english. Dia tak paham aku, aku pun tak paham dia. Sampai la a girl from the group tarik aku dengan adik aku, posing.. "ooo.. you want to take photo with us?" 

Cuaca kat sini pun tak panas, 19-25 degree Celcius, sedap sedap je gittew. Tapi kena bawak jugak la baju sejuk, sebab time hujan, boleh tahan la sejuk dia..